• Menu
  • Menu
Home » Instagrammable Spots Di Tebing Langit
tebing langit

[BM] Instagrammable Spots Di Tebing Langit, Sekupang

 Article Contributor: Guest Writer

Jika anda rasa ingin pergi ke satu tempat yang mencabar diri seperti melihat keindahan alam melalui ketinggian dari puncak tinggi, Tebing Langit merupakan salah satu tempat menarik sesuai untuk mengabdikan ketenangan berbeza daripada pantai ataupun pusat bandar. Bagaimana untuk merealisasikan impian ke sini? Boleh baca selanjutnya cara melancong daripada Malaysia ke Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.

BAS PERCUMA DARI TERMINAL BAS LARKIN SENTRAL KE TERMINAL FERI PUTERI HARBOUR

Macam ena memang orang Johor, jadi direct naik kereta ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour @ Puteri Harbour International Ferry Terminal.

Feri paling awal bertolak dari Terminal Puteri harbour ke Batam Centre adalah jam 8.30 pagi. Jadi pastikan set masa yang sesuai untuk ke sana seawal 1 jam untuk pembelian tiket, pemeriksaan passport dan beg luggage. Kalau lapar atau nak ke toilet, at least tak rushing sebab semuanya ada berdekatan dengan kaunter.

Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour

Ada nampak tak bas putih dekat hujung tu.. Bas tu free je kalau korang naik dari Terminal Bas Larkin Sentral ke Terminal Feri Puteri Harbour. Tapi kena tunggu dekat belakang terminal bas paling awal jam 6.30 pagi. Dan pastikan korang tahan bas tu kalau tidak pemandu tak berhenti. Seberang jalan kedai makan Selera Johor. Bukan dalam terminal bas ! Ingat tu. Cuma mengambil masa lama sampai 1 jam setengah untuk sampai ke Terminal Puteri harbour.

Kalau korang nak cepat dan kuota dengan kawan cukup 4 orang nak jimat masa cuma 20 – 30 minit saje boleh lah naik “Grab” dalam RM27-RM30 camtu. “Tong-tong” lah duit.hehe.

Sebabtu “Masa itu Penting” Sila lah uruskan masa dengan tepat. Eh trip Batam ni boleh balik hari je taw sebab last trip pulang ke Malaysia jam 4.00 petang. Cuma penat lah.

Cara Pembelian Tiket Pergi Balik Batam Centre

Terminal Feri Puteri Harbour
Terminal Feri Puteri Harbour, Johor dengan perjalanan selama 2 Jam 15 minit ke Batam Centre, Indonesia.

Kaunter nombor 3 untuk belian tiket boleh tengok harga di bawah dan cukai dikenakan sebanyak RM16 ke Batam. Balik Johor pula cukai kena sediakan 65.000 rph. Kemudian cek beg luggage di Kaunter belakang belah kiri, baru ke kaunter nombor 4 untuk scan beg. So tunggu jelah beg tu dekat Batam nanti. HARGA TIKET SEMASA DI SINI

* Pesanan
  1. Kalau lapar dalam feri, ena sangat suka makan Mee Segera “Pop Mie”. Seriously sangat sedap makan panas-panas. Harga RM3 atau 10.000 rph. Bak kata orang, kalau naik feri ni wajib makan lah.hehe.
  2. Pertukaran mata wang boleh dibuat dalam feri so jangan risaulah kalau tak sempat nak tukar ok. Kalau lupa nanti turun je feri memang sah-sah terus masuk Mega Mall Batam Centre. Haa dalam tu boleh terus je beli sekali simkad Telcomsel 6GB. Nak selamat standby je budget simkad 80.000 rph. 

DAPATKAN BARANG MURAH DI PASAR JODOH BARU

Kenapa namanya jodoh? Mungkin bisa ketemu jodoh tapi hati-hati yahh jangan tersangkut 😆

Kalau nak shopping baju murah, Pasar Jodoh Baru sememangnya terkenal dan dan wajib singgah mendapatkan buah tangan untuk di bawa pulang. Cuma kekurangannya di sini tiada aksesori sepert fridge magnet, keychain dan sebagainya. Jarak dari Batam Centre hanya 20 minit. Dan Nagoya Hill Shopping Centre juga berdekatan dengan Pasar Jodoh Baru kalau perlukan keselesaan dan berhawa dingin. Di situ terdapat perlbagai hotel dari 3 bintang hingga ke 5 bintang. Sangat mudah untuk shopping dan strategik !

Korang akan nampak penuh dengan khemah yang dipasang tepi jalan seperti pasar malam. Ada pelbagai makanan, minuman, aksesori phone dan pakaian. Tapi kami masuk terus ke kompleks. Ada 2 tingkat tak silap. Diorang memang shopping barang makeup. Mcam ena beli baju je.

Tapi ena puji lah sikap mereka di sini. Ibarat kita macam pergi Shah Alam je. orang nya pandai berfashion dan sopan santun. Kagum tak banyak traffic light. Ena yang seram tengok bas cilok macamtu je. Hahahaha. Even sesak takde lah bising bunyi hon kenderaan. Masing-masing boleh mengalah. Baru lah ku faham kenapa tak banyak traffic light.

Colour pon tak luntur dan kain cotton tebal. Macam baju dewasa ena tengok rate 50.000 rph. Tak sempat nak borong banyak sebab kesuntukan masa nak dinner. huhu.

Klook.com 

RUMAH DAN BONEKA SALJU

RUMAH DAN BONEKA SALJU

RUMAH HOBBIT

Rumah Hobbit

RUMAH POHON

SARANG LANGIT

BELON UDARA

BELON UDARA

Ada banyak lagi taw sebenarnya cuma ena tak larat nak masuk semua dan kejar masa nak balik. hehe. Di sana ada juga photographer tapi di cas sebanyak RM7 (Duit Malaysia diterima) untuk sekeping gambar. Memang cantik lah. Tapi kami snap gambar sendiri je.

Tiket masuk : 10.000 rph
Masa 7.00 pagi hingga 7.00 malam
Lokasi : Jalan Ir Sutami, Tanjung Pinggir, Sekupang, Kota Batam
Jarak dari Tebing Langit ke Batam Centre dalam 25 minit.

RESTAURANT SARI BUMBU BUFFET  HIDANGAN MASAKAN KAMPUNG

Tak jauh dari Batam Centre boleh naik public transport hanya dalam 12 minit. Memang kena cuba sebab masakan semua enak belaka seperti Gado-gado, Beef Black Pepper, Ayam Rica-rica, Ikan Acar Kuning, Sup Sayur, Buah-buahan dan ada air special iaitu Es Timun.

Must try Es Timun dia tak rasa timun sebab dah hiris halus. Sedap sangat ! Kalau Ayam Rica-rica tu sedap rempahnya cuma agak over cooked. Harga tak pasti tapi dalam linkungan 80.000 rph seorang.

Masa : 11.00 pagi – 3.00 petang
Contact : FACEBOOK | Edi Surbakti
Lokasi : Komplek Gedung Indonesia Emporium Hall C Batam Centre
Jarak ke Batam Centre dalam 12 minit

SEGO PECEL BU WIR (MASAKAN KHAS JAWA)

jawa

Menu pencuci mulut seperti Pepes Tahu, Asinan Buah, Bubur Ketan Hitam dan Kolak campur. Kuih muih seperti Sawut Singkong dan Cenil, pisang goreng, Tape goreng dan banyak lagi. Lauk pauk seperti Empal Balado, Pecel Komplit, Telur Woku, Sambal goreng Ayam Kentang dan Ayam Goreng Bumbu.

* Menu kena cuba
  1. Kalau lapar dalam feri, ena sangat suka makan Mee Segera “Pop Mie”. Seriously sangat sedap makan panas-panas. Harga RM3 atau 10.000 rph. Bak kata orang, kalau naik feri ni wajib makan lah.hehe.
  2. Pertukaran mata wang boleh dibuat dalam feri so jangan risaulah kalau tak sempat nak tukar ok. Kalau lupa nanti turun je feri memang sah-sah terus masuk Mega Mall Batam Centre. Haa dalam tu boleh terus je beli sekali simkad Telcomsel 6GB. Nak selamat standby je budget simkad 80.000 rph. 

Masa : 7.00 pagi – 7.00 malam
Lokasi : Ruko Mega Legenda 1, Blok E3 No.1
Jarak ke Batam Centre dalam 8 minit

WEY WEY LIVE SEAFOOD HARBOUR BAY BATAM

wey wey
Jika korang penggemar seafood fresh, di sini lah tempatnya ! Pelbagai menu sperti ketam black pepper, udang butter, telur puyuh, Siput Gong gong, ikan tiga rasa, ayam goreng dan tomyam.

siput

Dalam banyak-banyak menu, satu je ena tak makan. this is GONG GONG. Kenapa nama dia Gong Gong??? Ni cite lawak. Sebab malam nanti ada yang menggonggong. Ena tak makan sebab ena terbayang siput lain.kekekeke. nak korek isi pon pakai lidi kecik tu susah jugak. Dia kena cecah sambal.

Tapi ni lah makanan yang susah dapat dan ada di sini. So kalau rasa nak makan kenalah singgah kan. Ini baik untuk kaum lelaki yang sudah berkahwin. Cuma diingatkan untuk orang yang mempunyai kolesterol tinggi tidak digalakkan makan Gong gong kerana kandungan kolesterol agak tinggi. Harga pon tak pasti tapi kalau ikut pada survey yang share bayaran bil untuk satu hidangan besar dianggarkan dalam 1.000.000 rph.

Masa : 10.30 pagi – 12.30 malam
Contact : FACEBOOK
Lokasi : Harbour Bay Downtown Sei Jodoh, Jl. Duyung, Kota Batam
Jarak ke Batam Centre dalam 25 minit

Klook.com